SUTERA KASIH
16-17 January 2009
Ya selamat tahun baru sy ucapkan, sudah masuk ke tahun 2012 ya kita dan cepat bebenar masa berlalu pejam celik-pejam celik dah tua rupanya aku ni. Apa bila pikir-pikir balik masa aku masuk persatuan Peers dulu aku baru je masuk ke UiTM. Masa tu aku dan kawan-kawan tinggal di Kolage Zambrud, Wing A 6.15. Meriah jugak terpekeak tegok buga api bersama rakan-rakan baru. Kembali ke persatuan Peer, jadi program pertama peers seperti biasa iaitu Sutra Kasih di anjurkan oleh ahli majlis abg Naza. Malangnya sekarang aku sendiri pon tak berapa ingat tentang majlis tu, cuma apa yang terjadi program tersebut merupakan program berfasa. Fasa pertama megenali ahli dan penepatan biro masing-masing terdapat aktiviti seperti perbahasan. Modul bahas tersebut yang membuatkan aku bergaduh dengan sekumpulan budak Farmasi, susah sungguh nak meyerah kalah walaupon hujah dah jadi tak masuk akal entah apa-apa la aku merepet malam tu.
SESI TEMUDUGA PEER
Kemudian pemilihan biro masing-masing, entah megapa aku memilih biro badar peer ketika itu engak tahu si.. terdapat biro lain seperti biro multimedia , biro publicity, biro motivasi dan aku tambah satu lagi biro baru kemudian iaitu biro keusahawanan. Malangnya tak tahu la apa jadi pada biro ni, hujut lagi ke?
Buat pertama kalinya aku hadir ke program yang bersiri, masalahnya hari kedua tersebut merupakan taklimat keselamatan untuk budak-budak semester satu oleh Tuan Z. Dalam hati tak guna betul Tuan Z ni aku ada program bersama peer dia suruh kumpul kat PI dengar ceramah selamat dia pulak. Aku pon buat satu keputusan yang aku tak akan menyesal sampai sekarang iaitu LARI dari ceramah Tuan Z walaupon PI tersebut dikeliligi oleh Puak JPK dan RPI. Alasan yang mudah aku bagi yang aku ni sem 2.. hahahahaha… sampai sekarang aku gelak kerana bodoh betul budak-budak tu, mudah gila kena tipu dengan budak sem satu ni.
PESERTA DAN AKTIVITI SUTERA KASIH
Oleh kerana tindakkan berani dan tidak beberapa bijak tu aku pon tiba la ke Program Sutera Kasih dan TIKEJUT aku je budak sem satu yang ada di situ …hehehehe… kantoi la pulak dengan CIK Yati (Gosip sikit Cik Yati ada kena megena dengan Tuan Z). Jadi program fasa kedua tersebut memaparkan hasil kreativiti setiap peserta didalam mengolah cerita klasik P. Ramlee, ada yang menceritakan kisah madu tiga dan menjual ubat, kisah dua diantara darjat yang bos dan tukang sapu tetapi kisah yang palik menarik ialah Ibu mentua ku.
Pelakon-Pelakon Noya Mansor
(Adaptasi dari Ibu Mentua Ku)
Thank You to all the Facilitator in Sutera Kasih Program
Walau pon program tersebut melalui pelbagai halangan akan tetapi pada pandangan saya mereka amat berjaya dalam megajak peserta untuk hadir ke fasa yang kedua program tersebut. Akan tetapi pada program seterusnya saya jumpa musuh yang sebenar didalam persatuan……….
berani ang membodohkan JPK naa.
ReplyDeleteTakut Juga nak keluar dari PI masa tu... Tapi mereka tak kenal aku jadi aku tipu la hahahaha.. Pandai-pandai aku pon kantoi dengan Cik Yati Penasihat Peer.
ReplyDeletegambar2 kenangan nie...huhu...terbaek..
ReplyDelete