Friday, January 6, 2012

Misteri Bukit Larut


Kem di Hutan Lipur Kaki Bukit Larut 


Assalammualikum kepada rakan-rakan Peer Counselor UiTM Pulau Pinang, sebelum saya sambung penceritaan izinkan saya untuk berterima kasih kepada mereka yang sudi mencuri masa untuk baca blog ini walau pon saya erti ketika ini anda semua berusaha untuk mentelaah bagi menghadapi test bulanan. Harapan saya kepada Junior MT, moga anda mendapat sedikit sebayak informasi yang boleh diguna pakai ketika anda membuat program yang akan datang. Pada pegetahuan saya Persatuan Peer Counselor UiTM Pulau Pinang akan mengganjurkan Kem Kepimpinan bagi sesi 2011/2012, semoga berjaya. Apabila di kenangkan semula perjalanan saya dalam persatuan telah terdapat 3 kem yang saya sertai bersama Peer Counselor UiTM Pulau Pinang, dua diantara kem tersebut saya di tugaskan sebagai facilitator manakala kem pertama saya di Kaki Bukit Larut merupakan kem yang paling meyeronokan sebagai seorang ahli biasa. 


Pada satu hari, selepas kami bersama-sama menunaikan Solat Jumaat saya dan sahabat bilik saya saudara Aqil bersemagat untuk menyertai Kem yang di anjurkan oleh Persatuan Peer Counselor yang di ketuai oleh Abang Faiz Pharmacy. Kesemua peserta berjumlah 38 orang termasuk 2 orang pegawai pegiring iaitu Cik Nor Hayati dan Tuan Z. Tepat yang dituju Tapak Perkhemahan Hutan Lipur Kaki Bukit Larut, merupakan salah satu Hutan Simpan di negeri Perak. Jarak lokasi kem ialah 1 km dari Bandar Taiping. Bunyi macam dekat je bila sebut dari Bandar Taiping akan tetapi dari UiTM Pulau Pinang jauh bebenor rasanya.                                                                                     
Abang Faiz Ketua Program 



Dalam perjalanan tersebut saya duduk disebelah seorang budak lelaki yang berwajah tua (matang) berkaca mata tebal, memakai cap dan bermain guitar blue sepanjang perjalanan asik menyayi je lagu Semua Tentang Kita yang di popularkan oleh Peterpan. Masalahnya sampai sekarang aku hafal lagu tu, ROSAK. Tikejut juga apabila budak yang duduk sebelah aku tu jiran kolej Zamrud je, saudara Hafiz. Dia merupakan salah satu musuh atau pesaing aku di Kem Bukit Larut.









Haha Budak main Guitar Biru tu la musuh/ persaing pertama aku.





Apabila tiba di tapak kem saya terperanjat dengan persekitaran tapak kem tersebut, tapak kem tersebut mempunyai kemudahan yang amat selasa seperti dapur, tempat makan, kawasan rehat, surau dan tandas yang selasa. Persekitaran kem di bukit larut amat berbeza sekali dengan pengalaman saya kem ketika di unit uniform, kem di unit uniform selalu bertempat jauh di dalam hutan seperti hutan Naka atau di perkampungan Nami. Ketika itu setiap kem yang di anjurkan bertujuan untuk melakukan kerja amal di kampung tersebut dan ingin meguji ketahanan setiap individu dalam iktiar hidup serta meguji kemahiran membina gejat ikatan. Melihat Kemudahan Tapak Kem Bukit Larut megubah presepsi saya terhadap penglaksanaan kem di University. Sebelum saya melalut menceritakan perkara yang tidak kena megena dengan persatuan atau kem bukit larut biar patah balik ke cerita asal.


Ni barang Untuk 3 hari kalau 
10 hari rasa kena sewa LORI  

Setelah tiba di tapak kem hari pon menjelang senja, ketika itu ada sedikit masalah apabila kawasan kem tersebut berkunci. Hal tersebut disebabkan salah faham diantara pihak kem dengan persatuan, pihak kem berpendapat yang kami akan tiba pada esok hari manakala pihak persatuan pula gagal memberi sebarang comfemasi terhadap pihak kem. Diebabkan masalah kecil ni kami terpaksalah berkelah di luar pagar lebih kurang satu jam lebih. Ah tidak megapa masalah kecil ini tidak akan merendahkan semagat kami semua malah masalah tersebut meningkatkan usaha kerjasama antara kami semua bak kata Wander Pet “apa yang penting” jawabnya “kerja sama”. 
Kami semua berkerja sama untuk mendirikan khemah, memyediakan ruang solat dan membantu Chef Kita orang menyediakan makan malam. “COK” Chef Of Kem kita kali ini yang lain tidak bukan Abang Naza Chemical (MR.PRES). Sedap tau abang Naza masak, siapa tak makan rugi tau. 





Kesian Kena Tunggu Luar 

Program malam tersebut bermula dengan suakenal diantara peserta dengan facilitator, serta modul ice breaking yang ringan bagi mengenali negeri kelahiran masing-masing. Menjadi satu persoalan yang besar kepada saya sekarang apabila kehadiran budak pharmacy yang begitu ramai berbanding dengan course lain, walaupon mereka mempunyai test 1 pada isnin akan datang. Begitu bangga dengan sokongan mereka terhadap persatuan ini. Semasa modul ice breaking berjalan ada sekumpulan jentera bermoto tiba di tapak kem kami, mereka merupakan ahli daripada ERC (Emergency Rescued Club). 
Sedap Abang Naza Masak 
Kehadiran mereka bertujuan untuk membantu kami bagi menjayakan Aktiviti jungle night trekking, mendaki Bukit Larut pada waktu malam.
Wah biar benar nak masuk hutan pada waktu malam, kami berjaya masuk dan turun pada pukul 4 pagi. Tetapi nak tahu apa yang kami jumpa masa perjalan tersebut, tunggu sambungan Misteri Bukit Larut 2!!!!!                      


Tambah-Tambah Nasi
Modul Ice Breaking 



ERC TEAM 







         

2 comments:

  1. tudia. agak2 kat kem kenari bleh rabat malam2 dak gunung jerai?

    ReplyDelete
  2. Rabat aku x tahu boleh ke tak tapi kalau nak buat ok jugak. kalau siang x best sagat waka waka

    ReplyDelete