Friday, December 30, 2011

Wah Kembali ke Pertama kali.


Lama gila tidak menulis blog ni, patut x ada orang nak masuk pon. Tujuan aku cipta blog ni pada pertama kali dulu hanya nak menunjuk pada kawan-kawan yang aku pon tulis blog, lama kelamaan jadi bosan pulak nak tulis kerana tak tahu apa nak tulis. Setelah sekian lama baca blog orang, terutama blog kawan aku si Syimir tu baru ada idea nak tulis apa pada blog. Aku rasa nak mulakan dengan pengalaman pertama aku melalui zaman UiTM aku terutama persatuan Peer Counselor UiTM Pulau Pinang. Harapan aku supaya junior aku tidak lupa dengan perjalan sejarah persatuan ini.
Peer Counselor UiTMPP merupakan satu persatuan yang ditubuhkan pada Julai 2005 untuk memberi pendedahan kepada semua warga ahlinya dengan teknik fasilitator, kem motivasi diri dan pelbagai program yang dianjurkan untuk menambah ilmu pengetahuan disamping mengisi masa lapang.
Kehadiran aku dalam persatuan ini selepas empat tahun penubuhannya, pada mulanya aku sendiri tidak kenal erti perkataan peer. Peer apa tu ? oleh kerana minatnya aku berpersatuan aku pon masuk je temuduga. Masa temu duga tersebut aku bersama tiga orang penting didalam persatuan peer iaitu Mr Pres, Naza (2009), Mantan Peer Ayob (Pres 2008) dan Naik Pres Faiz (2009). Selepas plebagai soalan dan Long story short aku masuk persatuan tersebut dan program pertama aku bersama mereka ialah Sutra Kasih. Maka tercetusnya pergaduhan besar. Nak tahu baca next post aku ya ;->

1 comment:

  1. tudia..tudia..tudiaa..
    ada nama aku tu.. tak layak nama aku ada dalam blog orang hebat~

    ReplyDelete